Pengertian Takaful

Definisi Takaful
Dalam bahasa arab, kata dasar bagi perkataan “Takaful” ialah ‘kafala’ yang bererti untuk menjamin, menjaga atau memelihara. Oleh kerana “Takaful” merupakan katanama yang berasal daripada kata kerja ‘takafala’, maka ianya juga bererti ‘ saling menjamin, menjaga atau memelihara’.Menurut Akta Takaful 1984, “Takaful” ertinya satu skim yang berasaskan persaudaraan, perpaduan dan bantuan bersama yang menyediakan pertolongan dan bantuan kewangan kepada peserta-peserta jika diperlukan di mana peserta-peserta sama-sama bersetuju untuk memberi sumbangan bagi maksud itu.Secara amnya, Takaful mempunyai tujuan yang sama dengan insurans konvensional di mana kedua-duanya merupakan instrumen untuk membantu golongan yang tidak bernasib baik kerana ditimpa musibah. Cuma di sini, syarikat Takaful yang disenaraikan oleh Bank Negara Malaysia, akan dikawalselia oleh Badan syariah supaya ditadbir mengikut syariat Islam. Untuk memastikan syarikat takaful anda telah tersenarai dan diiktiraf oleh Bank Negara Malaysia, anda boleh semak ke laman List of Takaful Operator.

Konsep Asas Takaful
Konsep Takaful mengambarkan satu rancangan perlindungan berasaskan kepada hubungan persaudaraan insan, rasa saling tanggungjawab dan saling bekerjasama di kalangan peserta.


1. Al-Qasamah

Memelihara kehilangan nyawa seseorang dalam qisas. Menurut jumhur ulama’, apabila berlaku satu pembunuhan tanpa diketahui siapa pembunuhnya atau tidak ada bukti yang kukuh, maka perlulah bersumpah sebanyak lima puluh orang. Jika tidak terdapat lima pulah orang, maka orang yang berkenaan mesti bersumpah sebanyak lima puluh kali. Qasamah diwajibkan apabila tidak ada keterangan jelas tentang pembunuhnya, iaitu keterangan yang diberikan adalah lemah dan meragukan.


2. Aqilah

Di bawah sistem aqilah pula, setiap ahli masyarakat bersetuju untuk membantu ahli masyarakat yang lain jika berlaku pembunuhan secara tidak sengaja, atau untuk membayar wang tebusan bagi membebaskan tawanan perang Muslimin.


3. Tabarru

‘Tabarru’ bermaksud menderma secara ikhlas. Dalam konteks Takaful, semua peserta bersetuju untuk saling membantu di kalangan mereka di atas niat yang sama.Di dalam industri Takaful, At-Tabarru’ yang diperkenalkan ialah Tabarru’ (derma) bertujuan. Derma bertujuan diperkenalkan di mana setiap peserta yang ingin menyertai Takaful menderma sesuai dengan risiko yang dibawanya. Pengendali menetapkan kadar Tabarru’ demi memastikan tabung Tabarru’ yang disertai oleh semua peserta tidak terjejas bagi memberi keadilan kepda semua pihak. Ini berkonsepkan saling lindung-melindungi.Justeru itu, jika seseorang peserta membawa risiko yang besar kadar sumbangan yang mesti disumbangkan mestilah sepadan dengan risiko tersebut.


4. Al-Wakalah

Al-Wakalah bermaksud wakil-mewakili.Al -Wakalah merupakan satu perlantikan seseorang untuk mengambil tempat orang yang melantiknya bagi menguruskan sesuatu perkara yang tertentu atau pemberian kuasa kepada seseorang Wakil utuk menegur dan menjaga sesuatu perkara.Dalam konsep ini peserta sebagai satu pihak membuat akad mengizinkan pengendali untuk melabur dan menjaga serta menguruskan dana. Di atas prinsip itu juga mereka memberi kebenaran mutlak kepada pengendali untuk melantik Wakil bagi pihak mereka, jika mereka memerlukannya.Pengendali Takaful adalah dihadkan kepada menguruskan dana bagi pihak Wakil. Manakala Wakil bukan bertindak sebagai ejen kepada peserta , tetapi menjadi wakil kepada Pengendali Takaful.


5. Mudharabah

Mudharabah (Amanah Berkongsi Keuntungan) Bermaksud perjanjian berkontrak antara pemberi modal dan pengusaha untuk bertujuan menjalankan perniagaan dengan kedua-dua pihak bersetuju ke atas peraturan dan pembahagian keuntungan.Dalam kontrak Takaful, pengendali Takaful ditakrifkan sebagai pengusaha yang akan menjalankan aktiviti perniagaan, manakala peserta pula sebagai pemodal yang akan menyerahkan sumbangan mereka melalui sumbangan Takaful. Kontrak Takaful akan menetapkan pembahagian keuntungan yang akan diagihkan antara peserta dengan pengendali Takaful.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About imah rahimah

“A Person with a PASSION is someone who is WILLING to add value, FOCUS on customer for LIFE & be RESPONSIBLE..to make a DIFFERENCE & achieve EXTRAORDINARY” Its me....Rahimah Abu Bakar AL BARR PREMIER 600 Jalan Serunai 11 Taman Saleng 81400 Senai, Johor Tel : 07-5900372 Fax : 07-5984605 HP : 0137410301 , 0197760960 , 0197910960 email : oa.albarr@gmail.com
This entry was posted in Pengurusan RISIKO dan TAKAFUL. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>