Faraid….

Di atas ini adalah carta perwarisan Faraid…

Apa itu Faraid?..

lIlmu Faraid ialah ilmu yang menerangkan cara pembahagian harta pusaka kepada anggota waris si mati mengikut ketentuan-ketentuan Allah S.W.T di dalam Al-Quran dan Hadis Rasulullah S.A.W.

Sabda Rasulullah s.a.w:

تَعَلَّمُوا الْقُرْآنَ وَعَلِّمُوهُ النَّاسَ، وَتَعَلَّمُوا الْفَرَائِضَ وَعَلِّمُوهَا النَّاسَ فَإِنِّي امْرُؤٌ مَقْبُوضٌ وَالْعِلْمُ مَرْفُوعٌ وَيُوشِكُ أَنْ يَخْتَلِفَ اثْنَانِ فِي الْفَرِيضَةِ فَلاَ يَجِدَانِ أَحَدًا يُخْبِرُهُمَا.

Pelajarilah Al-Quran dan ajarkannya kepada orang-orang dan pelajarilah ilmu faraid serta ajarkanlah kepada orang-orang kerana saya adalah orang yang bakal diwafat sedang ilmu bakal diangkat. Hampir-hampir saja dua orang yang bertengkar tentang pembahagian pusaka, maka mereka berdua tidak menemukan seorang pun yang sanggup memfatwakannya kepada mereka

Kata orang lain tentang ilmu Faraid…

a) A Rumsey

Mohammadan law of inheritance comprises beyond question the most refined and elaborate system of rules for the devolution of property that is known to the civilized world.

Pembahagian harta pusaka dalam Islam tidak syak lagi merupakan sistem perundangan harta yang paling baik dan canggih yang pernah diketahui oleh dunia bertamaddun.

b) Coulson

Undang-undang pembahagian harta pusaka dalam Islam merupakan suatu pencapaian teknikal yang mantap dan sayugianyalah ilmuan Islam berasa bangga dalam ketepatan matematik dalam menentukan hak mana-mana waris, dalam keadaan apa sekalipun, boleh ditentukan.

Siapa yang tergolong dalam ahli Waris?

1.Anak lelaki

2.Cucu lelaki dari anak lelaki

3.Bapa

4.Datuk sebelah bapa ke atas

5.Saudara sekandung

6.Saudara seayah

7.Saudara seibu

8.Anak lelaki dari saudara sekandung

9.Anak lelaki dari saudara se ayah

10.Bapa saudara (sebelah ayah) yang sekandung dengan ayah si mati.

11.Bapa saudara (sebelah ayah) yang sebapa dengan ayah si mati.

12.Anak lelaki daripada bapa saudara sekandung (sebelah ayah).

13.Anak lelaki daripada bapa saudara sebapa (sebelah ayah)

14.Suami

15.Tuan kepada hamba

Siapa lagi yang tergolong dalam ahli waris selain di atas?

1.Anak perempuan

2.Cucu perempuan dari anak lelaki dan terus ke bawah

3.Ibu

4.Nenek sebelah bapa dan ke atas

5.Nenek sebelah ibu dan ke atas

6.Saudara perempuan sekandung

7.Saudara perempuan sebapa

8.Saudara perempuan seibu

9.Isteri

10.Wanita yang menjadi tuan kepada hamba

Dari manakah sumber mengenai ilmu Faraid?

Al Quran

Hadith

Ijma’

Allah mensyari’atkan bagimu tentang (pembagian pusaka untuk) anak-anakmu. Yaitu : bahagian seorang anak lelaki sama dengan bahagian dua orang anak perempuan; dan jika anak itu semuanya perempuan lebih dari dua, maka bagi mereka dua pertiga dari harta yang ditinggalkan; jika anak perempuan itu seorang saja, maka ia memperoleh ½ harta. Dan untuk dua orang ibu-bapa, bagi masing-masingnya seperenam dari harta yang ditinggalkan, jika yang meninggal itu mempunyai anak;

Dan bagimu (suami-suami) seperdua dari harta yang ditinggalkan oleh isteri-isterimu, jika mereka tidak mempunyai anak. Jika isteri-isterimu itu mempunyai anak, maka kamu mendapat seperempat dari harta yang ditinggalkannya sesudah dipenuhi wasiat yang mereka buat atau (dan) sesudah dibayar hutangnya.

Para isteri memperoleh seperempat harta yang kamu tinggalkan jika kamu tidak mempunyai anak. Jika kamu mempunyai anak, maka para isteri memperoleh seperlapan dari harta yang kamu tinggalkan sesudah dipenuhi wasiat yang kamu buat atau (dan) sesudah dibayar hutang-hutangmu

Mereka meminta fatwa kepadamu (tentang kalalah) Katakanlah : “Allah memberi fatwa kepadamu tentang kalalah (yaitu) : jika seorang meninggal dunia, dan ia tidak mempunyai anak dan mempunyai saudara perempuan, maka bagi saudaranya yang perempuan itu  seperdua dari harta yang ditinggalkannya, dan saudaranya yang laki-laki mempusakai (seluruh harta saudara perempuan), jika ia tidak mempunyai anak; tetapi jika saudara perempuan itu dua orang, maka bagi keduanya dua pertiga dari harta yang ditinggalkan oleh yang meninggal. Dan jika mereka (ahli waris itu terdiri dari) saudara-saudara laki dan perempuan, maka bahagian seorang saudara laki-laki sebanyak bahagian dua orang saudara perempuan. Allah menerangkan (hukum ini) kepadamu, supaya kamu tidak sesat. Dan  Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.

Hadith Mengenai Pusaka

” Harta pusaka adalah untuk orang-orang yang berhak; dan jika ada baki, ianya ianya adalah untuk lelaki yang lebih utama disebelah lelaki”. (Riwayat Bukhari – Muslim )

IJMA mengenai Pusaka

diperolehi dari sumber Saidina Abu Bakar, Umar dll

Rukun rukun Faraid seperti dibawah ini:

Orang yang diwarisi

Orang yang mewarisi

Harta yang diwarisi

Syarat Syarat Untuk Faraid :

Sah meninggal dunia orang yang diwarisi

Sah orang yang mewarisi masih hidup

Mengetahui perhubungan atau pertalian mereka yang mewarisi dengan orang yang diwarisi ( pertalian melalui keluarga / pernikahan, tuan dengan hamba sahaya )

Mengenali waris sama ada waris itu lelaki atau perempuan

Sebab sebab yang membolehkan menjadi waris:

Nikah ( berkahwin )

Nasab ( keluarga / keturunan )

Hamba sahaya ( mengikut Mazhab Syafie )

Baitulmal

Apakah yang menyebabkan seseorang tidak boleh mewarisi?

Membunuh

–Tidak mewarisi orang yang membunuh

Berlainan agama

–Hadis Usamah bin Zaid r.a:
Nabi s.a.w bersabda: Orang Islam tidak boleh mewarisi harta orang kafir dan orang kafir tidak boleh mewarisi harta orang Islam

Bagaimana susunan hak ke atas pusaka?

1. Biaya pengurusan si mati

Segala pembiayaan yang diperlukan untuk mengurus jenazah daripada saat ia meninggal dunia sampai dikuburkan. Ini termasuk memandikan, mengapankan, mengusung dan menguburkannya dengan penuh kesederhanaan.

2. Membayar Hutang

–Hutang kepada Allah

–Hutang kepada manusia

- Hutang Organisasi

3. Melaksanakan wasiat si mati

Wasiat adalah untuk ajnabi (mereka yang boleh dikahwini) dan bukan ahli waris kecuali dipersetujui oleh semua ahli waris lain. Ini dijelaskan oleh Rasulullah dalam hadisnya, “Sesungguhnya Allah telah memberikan hak kepada yang punya hak, maka tidak ada wasiat untuk waris.”

4. Hak waris

Siapa Waris ?

Terdapat 3 kategori waris iaitu

Ashab al-furud

–Ahli waris yang berhak mewarisi bahagian harta pusaka yang telah ditetapkan di dalam faraid Islam.

Mereka terdiri daripada tiga kategori:

–Ahli waris utama

yang berhak menerima bahagian harta pusaka yang telah ditetapkan walau apa juga keadaan dan tidak akan terdinding oleh ahli waris yang lain. Mereka adalah-

• Suami
• Isteri
• Bapa kandung
• Ibu kandung
• Anak perempuan

–Ahli waris kedua

berhak menerima bahagian harta pusaka yang telah ditetapkan sekiranya tiada pendindingan yang menghalang mereka daripada mewarisi harta pusaka. Mereka adalah-

• Saudara perempuan seibu dan sebapa dengan si mati
• Saudara perempuan sebapa dengan si mati
• Saudara perempuan seibu dengan si mati
• Saudara lelaki seibu dengan si mati

–Ahli waris gantian

yang berhak menerima bahagian harta pusaka yang telah ditetapkan apabila ahli waris utama telah meninggal dunia sebelum si mati. Mereka adalah-

• Datuk lelaki
• Nenek
• Cucu perempuan daripada anak lelaki

Asobah

–Ahli waris yang berhak mewarisi baki harta pusaka si mati (residue).Oleh yang demikian, bahagian pewarisan harta pusaka tidak ditetapkan untuk mereka.Asabah terbahagi kepada 3 iaitu :

Asabah bi nafsihi

Bunuwwah: iaitu anak lelaki si mati dan kesemua cucu cicit lelaki daripada anak lelaki si mati.

Ubuwwah: iaitu bapa si mati dan datuk moyang lelaki kepada ayah si mati.

Ukhuwwah: iaitu saudara lelaki seibu sebapa atau sebapa sahaja atau seibu sahaja dengan si mati.

Asobah bi ghairihi

• Anak perempuan si mati.
• Cucu perempuan daripada anak lelaki si mati
• Saudara perempuan seibu dan sebapa
• Saudara perempuan sebapa

Asobah ma a ghairihi

Saudara perempuan seibu dan sebapa
Saudara perempuan sebapa

Baitulmal

Harta peninggalan si mati akan menjadi hak Baitulmal dalam keadaan-keadaan berikut:

–Tiada ahli waris yang berhak menerimanya

–Ahli waris telah menerima bahagian masing-masing tetapi masih terdapat baki harta pusaka

–Harta si mati yang tidak dituntut oleh sesiapa

–Tiada ahli waris langsung.

Zawil Arham

–Selain daripada Ashabul furud dan asabah

Mengikut mazhab Shafie, mereka tidak layak menerima pusaka.

Semoga dengan perkongsian ilmu di atas ini maka, terlerai sudahlah masalah tentang pembahagian harta melalui faraid…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About imah rahimah

“A Person with a PASSION is someone who is WILLING to add value, FOCUS on customer for LIFE & be RESPONSIBLE..to make a DIFFERENCE & achieve EXTRAORDINARY” Its me....Rahimah Abu Bakar AL BARR PREMIER 600 Jalan Serunai 11 Taman Saleng 81400 Senai, Johor Tel : 07-5900372 Fax : 07-5984605 HP : 0137410301 , 0197760960 , 0197910960 email : oa.albarr@gmail.com
This entry was posted in Hibah, Wasiat dan Harta Sepencarian, Hukum dan Undang undang and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>