Pengertian Hibah

Dari segi bahasa bermaksud pemberian sama ada dalam bentuk ain atau selainnya.

Dari segi istilahnya ialah suatu akad yang mengandungi pemberian milik oleh seseorang secara sukarela terhadap hartanya kepada seseorang yang lain pada masa hidupnya tanpa balasan (iwad).

Ciri-ciri Hibah Suatu akad pemberian milik harta kepada sesuatu pihak Harta yang boleh dihibah ialah ain harta, bukannya hutang atau manfaat Akad hibah dibuat tanpa mengenakan apa-apa balasan (iwad)

Akad hibah berkuat kuasa semasa hidupnya pemberi hibah Secara sukarela dan tanpa paksaan Hukum dan Pensyariatan Hibah Hibah ialah suatu amalan sunat dan digalakkan dalam Islam terutama sekali kepada kaum keluarga terdekat. Firman Allah S.W.T yang bermaksud:

“Kemudian jika mereka menyerahkan kepada kamu sebahagian daripada mas kahwin itu dengan senang hati, makanlah (ambillah) pemberian itu (sebagai makanan) yang sedap lagi baik akibatnya” (Surah Al-Nisa: ayat 4)

Firman Allah S.W.T yang bermaksud:

“…. dan memberikan harta yang dicintainya kepada kerabatnya, anak-anak yatim, orang-orang miskin, musafir (yang memerlukan pertolongan) dan orang-orang yang meminta-minta dan (memerdekakan) hamba sahaya” (Surah Al-Baqarah: ayat 177)

Hadis Rasulullah S.A.W. yang bermaksud: “Saling memberi hadiahlah, nescaya kamu akan berkasih sayang”

Rukun Hibah

Pemberi hibah (Wahib)

Penerima hibah (Mawhub lahu)

Harta yang dihibahkan (Mawhub)

Sighah (Ijab dan Qabul)

Penerimaan hibah (Qabd)

Kelayakan Pemberi Hibah (Wahib)

Sempurna akal

Baligh

Rusyd

Pemilik ke atas harta yang ingin dihibahkan

Kelayakan Penerima Hibah (Mawhub lahu)

Berkeupayaan memiliki harta sama ada mukallaf atau bukan mukallaf Sekira bukan mukallaf seperti belum akil baligh atau kurang upaya, hibah boleh diberikan kepada walinya atau pemegang amanah bagi pihaknya.

Syarat Harta yang Dihibahkan (Mawhub)

Harta yang halal

Harta yang mempunyai nilai di sisi Syarak

Harta itu milik pemberi hibah

Harta yang boleh dipindah milik

Harta itu wujud semasa hibah dibuat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About imah rahimah

“A Person with a PASSION is someone who is WILLING to add value, FOCUS on customer for LIFE & be RESPONSIBLE..to make a DIFFERENCE & achieve EXTRAORDINARY” Its me....Rahimah Abu Bakar AL BARR PREMIER 600 Jalan Serunai 11 Taman Saleng 81400 Senai, Johor Tel : 07-5900372 Fax : 07-5984605 HP : 0137410301 , 0197760960 , 0197910960 email : oa.albarr@gmail.com
This entry was posted in Hibah, Wasiat dan Harta Sepencarian. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>