Peluang Kerjaya

Saya sebagai wakil syarikat ingin mempelawa anda untuk menyertai kami di Amalan Harmoni Sdn Bhd dan Al Barr Premier secara full time/part time.

Part time? Nampak aneh bukan? Sekiranya anda pernah mendengar perkongsian ilmu yang saya kongsikan di dalam ceramah saya, pasti anda tahu mengapa sebabnya. Ini kerana aspirasi saya membantu saudara seislam saya amat tinggi.

Secara peribadi,kerjaya ini memberikan saya kehidupan yang lebih menggembirakan, masa yang lebih efektif, kenalan yang ramai dan pendapatan dari hasil usaha saya. Bukan dari hasil makan gaji yang mungkin saya terima dari pendapatan yang tidak pasti.

Dan paling utama ia memberikan saya kepuasan kerana dapat membantu saudara seislam dan waris waris mereka ditinggalkan dalam keadaan aman dan tidak meminta minta…

Ramai yang berjaya didalam keluarga besar kami ini ialah orang yang tidak mempunyai kelulusan tinggi. Yang paling penting ada mestilah mempunyai keinginan tinggi untuk berjaya, proaktif,berminat mendalami ilmu, sukakan cabaran,berani untuk bertindak, berwawasan dan sentiasa berfikiran positif. Itulah yang paling kami utamakan.Kami menyediakan sokongan yang profesional sepanjang perjalanan karier anda.

Perjalanan anda menuju puncak diprogramkan melalui sistem Agensi kami.Setiap langkah perjalanan anda kepuncak kejayaan akan mendapat ganjaran melalui kontrak Agensi. Usaha anda akan dibantu dengan jenis jenis produk Kewangan Islam yang unik dari kami.Perkembangan anda akan dibantu oleh Akademi Latihan yang ada.

Tugas Seorang Rakan Strategik kami adalah:

Memberikan khidmat nasihat berkenaan dengan perancangan kewangan islam secara menyeluruh. Ia membabitkan :

1) Pengurusan Aliran Tunai

2) Pengurusan Risiko

3) Perancangan Tabung Pendidikan

4) Perancangan Pelaburan

5) Perancangan Zakat/Cukai

6) Perancangan Tabung Persaraan

7) Perancangan Harta dan Pusaka

Untuk menjadi seorang Rakan Strategik, kita tidak semestinya perlu mempunyai pengetahuan yang mendalam di dalam bidang di atas. Kita akan dibantu untuk memahami satu demi satu tajuk di atas. Ramai Rakan Strategik kami yang datang dari pelbagai bidang, antaranya mereka yang menjadi wakil Takaful atau Unit Trust, mereka memilih kami kerana untuk melengkapkan perancangan bagi pelanggan pelanggan mereka.

Ini kerana sebagai “One Stop Centre” kami memberikan servis terbaik kepada pelanggan kami. Ramai di antara wakil yang ada merungut kerana mereka hanya mempromosikan produk berdasarkan syarikat yang mereka wakili, sedangkan mereka tahu produk yang mereka syorkan itu tidak memberikan kebaikan kepada pelanggan mereka. Sekiranya bersama kami, mereka berhak memilih produk dari pelbagai syarikat yang ada dibawah bumbung kami iaitu Amalan Harmoni Sdn Bhd. Sistem yang ada membantu kita dari pelbagai sudut.

Namun begitu, jika anda ` very good with numbers`, mempunyai `common sense ` yang tinggi, dan sangat berminat dengan kerjaya yang mulia ini, ia merupakan satu peluang kepada anda untuk menjadi seorang Rakan Strategik  yang cemerlang. Kerjaya ini pasti memberikan anda kepuasan. Duniawi dikejar tanpa melupakan akhirat yang dijunjung.

Maksudnya disini, disamping upah yang kita terima, kita jua membantu meringankan musibah oranglain,bukankah itu kerjaya yang mulia?Selagi ada yang bernyawa dan tidak bernyawa,selagi itulah kita diperlukan.Merentasi Garisan Hayat sebelum menjadi Mayat….setiap yang hidup pasti mati..

Langkah-langkah Untuk Menjadi Rakan Strategik ;

Setiap perniagaan memerlukan modal. Modal dalam perniagaan ini sangatlah kecil. Bergantung kepada pilihan anda. Jika anda memilih walau hanya satu sahaja keutamaan, Seraca automatik anda juga berpeluang untuk menjadi:

Wakil Takaful

Anda boleh menjadi sub-agent atau wakil sah berdaftar.Sekiranya anda menjadi sub-agent, tiada bayaran dikenakan. Tetapi andainya anda ingin menjadi wakil tetap dan sah berdaftar anda boleh berbuat demikian. Anda boleh memilih takaful pilihan anda. Daftarkan diri untuk mengambil Peperiksaan Takaful Basic Examination (TBE) dengan Islamic Banking & Finance Institute Malaysia (IBFIM) .Modal hanya diperlukan sebanyak RM120 sahaja,iaitu ianya merangkumi yuran peperiksaan dan bahan modul seperti buku dan bahan lain. Yuran tersebut perlu dibayar kepada pihak Agensi untuk urusan pendaftaran peperiksaan dan penghantaran buka panduan peperiksaan. Sementara menunggu peperiksaan, hadiri  kursus Family Takaful Basic di cawangan berhampiran anda yang mana kami tetapkan, atau baca buku panduan yang diberikan dan isikan borang Wakil Takaful yang dihantar oleh pihak Agensi (Borang yang lengkap disi, haruslah dikembalikan kepada pihak Agensi) Ambil peperiksaan TBE pada waktu, tempat dan tarikh yang telah ditetapkan semasa pendaftaran.Setelah lulus, InsyaAllah anda bakal menerima Kod sebagai Wakil Takaful anda.

Unit Trust Consultant/Wakil Saham Amanah

Begitu juga dengan wakil saham amanah. Anda diberi pilihan untuk menjadi sub-agent atau wakil berdaftar/Unit Trust Consultant.Untuk menjadi seorang Unit Trust Consultant, anda perlulah menyediakan beberapa dokumen yang berkaitan dan membayar yuran pendaftaran sebanyak RM250 kepada Syarikat Unit Amanah pilihan anda. Seterusnya anda perlu menduduki ujian CUTE (Computerised Unit Trust Examination) yang dianjurkan dan dikawalselia oleh FIMM (Federation of Investment Managers Malaysia).Sebagai langkah persiapan, anda digalakkan menghadiri kelas tutorial yang disediakan oleh Syarikat Saham Amanah atau di mana-mana agensi yang berdekatan dengan anda di seluruh Malaysia. Selepas lulus ujian, anda akan mendapat kod ejen dan boleh mula memasarkan produk Pelaburan Unit Trust

Kelebihan Menyertai Amalan Harmoni Sdn Bhd dan Al Barr Premier

Saya sangat mengalu-alukan kedatangan anda untuk menjadi sebahagian ahli kami iaitu Amalan Harmoni Sdn Bhd dan Al Barr Premier .Sekiranya anda berada di luar Johor, tiada apa yang perlu dirisaukan kerana kami mempunyai cawangan di setiap negeri. Sebagai seorang Rakan Strategik anda berpeluang untuk menghadiri pelbagai kelas latihan, bengkel dan seminar yang disediakan oleh kami bagi membantu anda berjaya di dalam kerjaya ini. Kebanyakan kursus yang ditawarkan adalah percuma dan membabitkan tokoh tokoh terkenal di dalam dan luar Malaysia.

Walaupun anda mungkin tidak dapat selalu berjumpa dengan saya, saya akan sentiasa bersedia untuk memberi tunjuk ajar dan bimbingan menerusi telefon, YM dan email. Malah, kumpulan kami sangat utuh dan bersatu.Bergerak as a team  Sudah pastinya kami dapat memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada anda tentang:

1 . Bagaimana untuk mendapatkan prospek secara offline(melalui kenalan terdekat, survey, roadshow dll)

2. Bagaimana untuk mendapatkan prospek secara online (melalui YM, Facebook, forum, blog dll)

3. Bagaimana untuk mendapat prospek melalui referral (mendapat contact nama prospek yang berpotensi daripada klien anda. Dengan cara ini, saya tidak pernah kehabisan prospek dan potensi untuk mendapat pelabur dengan cara ini adalah sangat tinggi.)

4. Bagaimana untuk menjadi seorang consultant yang disayangi dan dihormati oleh klien dan mendapat pendapatan berterusan daripada pelaburan mereka

5. Dan banyak lagi ilmu-ilmu tentang marketing yang pastinya dapat membantu anda menjana pendapatan lumayan di dalam kerjaya ini..

Buka KUNCI RAHSIA melalui kami…

•Peluang yang terbaik untuk merealisasikan impian anda

•Sistem yang Terbukti untuk membina kejayaan kewangan anda

•Struktur Skim untuk menghargai kecapaian anda

•Jenama Korporat menjadikan anda dihormati oleh orang-ramai

•Laluan Jelas untuk menjadikan anda sebagai seorang usahawan kewangan profesional

Impian anda bermula bersama kami dengan membina satu perniagaan profesional seumur hidup bersama dengan kami..

Bertindaklah sekarang, jadilah sebahagian dari keluarga Amalan Harmoni Sdn Bhd dan Al Barr Premier hari ini.. Bersama kita membangunkan ekonomi dan muamalah islam…

Hubungi saya untuk keterangan lanjut, insyaAllah saya akan memberikan yang terbaik.

Salam penuh kasih sayang,

Sayangi diri, waris waris dan agama kita..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>